Superr Girll


tebarkan cinta
Thursday, 22 December 2011 | Thursday, December 22, 2011 | 0 Words
cinta mampu kembara merentasi ruang dan masa . cinta ialah soal hati yang tidak mampu dipisahkan oleh jarak dan zaman . cinta boleh melangkaui dimensi dan generasi . justeru , kita boleh mencintai allah yang tidak menyerupai sebarang makhluk-Nya . kita boleh mencintai rasulullahyang hidup ribuan tahun yang lalu . kita boleh mencintai para sahabat dan para ulama' silam yang tidak hidup sezaman dengan kita .

itulah ajaibnya cinta . ia adalah satu kekuatan yang sangat luar biasa kerana ia bertapak di hati , yakni "raja" dalam kerajaan diri manusia . apabila ada cinta , kita boleh berkomunikasi dan berinteraksi walaupun dengan alat-alat perhubungan yang terhad . cinta menimbulkan kemahuan yang sangat kuat dan bertenaga . namun , apabila tidak ada cinta , segalanya akan lesu dan kaku . hati hilang keinginan , hasrat dan tenaga untuk berkomunikasi dengan tulus , telus dan harmoni .

apabila kita kehilangan bahasa dalam bercinta , itu petanda cinta itulah yang sebenarnya telah hilang ! tanpa cinta , kita kehilangan makna , sedangkan makna itulah yang melahirkan bahasa ... (M)

p/s : haha , jiwang jap ... sume d'ats hnye pertanyaan diri dan luahan hati ...

-Past- | -New-